FEEDBACK
Dear user, please submit ticket to report any issue related to SANDAKAN FM streaming.Sejarah tidak boleh menolak, peranan A.L Birch, seorang jurutera British yang membawa set radio pertama ke Malaya pada tahun 1921. Dengan kemasukan radio tersebut, maka tertubuhlah Persatuan Wireless Johor pada tahun 1923, yang memulakan siaran melalui gelombang 300 meter. Pada tahun 1925, Persatuan yang sama juga ditubuhkan di Pulau Pinang. Diikuti pula dengan penubuhan Persatuan Wireless Tanah Melayu di Kuala lumpur pada tahun 1928. Persatuan Wireless Pulau Pinang telah berjaya mendapat lesen yang juga merupakan lessen pertama dikeluarkan di Malaya pada 24 Ogos 1934 atas nama seorang ahli persatuan bernama Khoo Sian Ewe.
Penubuhan Jabatan Siaran Radio di Singapura pada 1 April 1946, secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya. Perkembangan dan keberkesanan Radio Malaya turut mempengaruhi Sabah & Sarawak. Ini kerana pada tahun 1952, telah menyaksi bidang penyiaran secara percubaan bermula di Borneo Utara. Pelancaran Rasmi Radio Sarawak pada tahun 1954 & Radio Sabah pada tahun berikutnya telah membawa era baru kepada rakyat Sabah & Sarawak.
Siaran langsung penurunan The Union Jack & pengisytiharan kemerdekaan yang disiarkan secara langsung oleh Radio Malaya adalah bahan sejarah yang amat penting yang telah dilaksanakan oleh Radio Malaya.
Satu demi satu peristiwa bersejarah Radio Malaya, dibawa kepada pendengarnya. Nyata Radio Malaya adalah amat penting ketika itu untuk menjadi mata, telinga dan mulut rakyat bagi menyatakan matlamat dan arah tuju pentadbiran kerajaan. Selain daripada berperanan untuk menyebar berita, Radio Malaya banyak menyiarkan kejayaan kerajaan dalam membangun Negara. Juga mewujudkan suasana harmoni di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa & agama.
Radio Malaya juga banyak memainkan peranannya dalam membentuk sahsiah diri untuk menyemarak dan memperkayakan pejuang, pelapis, pengamal seni tanah air, radio juga banyak menganjurkan pertandingan. Antaranya bintang radio yang telah melahirkan ramai bintang seni yang disegani hingga ke hari ini.
Peranan stesen radio negeri-negeri juga, banyak membantu kerajaan untuk mendengar dan menyelami permasalahan rakyat. Ini menjadikan RTM sebagai saluran yang berkesan untuk menjadi lidah rakyat & kerajaan. Menyedari masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum & etnik, RTM telah mewujudkan beberapa siaran radio yang mewakili kaum & etnik Malaysia. Keberkesanan stesen radio ini amat ketara & memberi satu impak besar kepada masyarakat. Ianya dapat kita lihat sehingga hari ini.
RTM Sandakan wujud pada 2 Mei 1986 dan pejabatnya terletak di Tingkat 6 Wisma Perseketuan Sandakan yang mana jaraknya lebih kurang 11 Km dari Pusat Bandar Sandakan. Pada ketika itu, hanya seorang pegawai sahaja ditempatkan di Pejabat dengan tugas utamanya membuat liputan peristiwa yang berlaku di Bahagian Sandakan. Bahan-bahan liputan berakam kemudiannya dihantar ke RTM Sabah untuk disiarkan di Radio Malaysia Kota Kinabalu melalu saluran Rangkaian Nasional dan Rangkaian Biru. Tercipta satu lagi sejarah bagi bidang penyiaran di Negeri Sabah khususnya dan bahagian Sandakan khasnya apabila siaran dari Studio Radio Malaysia Sandakan dilancarkan pada 5 Januari 1992 oleh Pengarah Penyiaran Kawasan Sabah, Tuan Hj. Aziz Abbas.
Siaran Radio Malaysia Sandakan pada ketika itu dipancarkan melalui alat Pemancar AM (MW) 783 KHz berkuasa 10kW yang terletak di Rancangan Sungai Manila Sandakan. Lingkungan jarak pemancaran lebih kurang 50km radius sahaja. Mulai 26 Mac 2003, siaran Radio Malaysia Sandakan dipancarkan melalui Alat Pemancar FM90.1 MHz berkuasa 1KW yang dipancarkan dari Bukit Trig Sandakan. Dengan naik taraf pemancar siaran Radio Sandakan dari MW kepada FM, siaran Radio Malaysia Sandakan bertambah meluas dan dapat mencapai sasaran kawasannya.
pada 31 Ogos 1998, nama Radio Malaysia Sandakan telah ditukar kepada Radio Malaysia Sabah Siaran dar Sandakan dengan tagline 'Mesra Sepanjang Masa'. Selepas Penjenamaan semua stesen Radio pada 2005, Radio Malaysia Sandakan dikenali dengan Sandakan fm dengan tagline 'Bersamamu'.
ZooMoo entertains children with humorous stories about the animal world!
Sinar (formerly Sinar FM, stylised as sinar on radio) is a Malaysian Malay-language radio station operated by Astro Radio. The radio station began broadcasting on 1 March 2004. The radio station focused on mature listeners and plays classic music from both local and foreign artists, compared to its sister station, Era, Gegar and Zayan), which […]
SNRT Radio National (الإذاعة الوطنية) is a Moroccan radio channel operated by the state-owned public-broadcasting organization SNRT and specializing in news, sports, talk programmes, and popular music, broadcast from Rabat called in Arabic AL-IDAA ALWATANIA MAGHREBIA mean Moroccan National Radio. SNRT Radio National schedule The channel focuses on news (with bulletins every hour), together with […]
Watch aflaam movies tv, available on Playstore.
ADO TV is a general-interest public sports and youth news channel broadcast in Benin. As part of the allocation of new frequencies to television and radio stations launched by the High Authority for Audiovisual and Communication (HAAC), ADO TV and FM were among the 51 bidders whose call for applications was opened on January 31, […]
Kupi-Kupi FM merupakan stesen radio berbahasa Melayu yang terkemuka di negeri Sabah dan Sarawak dan hanya masih tetap beroperasi sehingga kini.
Rakuten TV offers a variety of unique content, including the program Nogiten, which featured members from the Nogizaka46 idol group. There is a diverse range of employees involved in planning and proposals for the service. Staff with skills such as development, business strategy, marketing, UI/UX, and content procurement work together to bring new excitement to […]